PTS Publications & Distributors

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd ialah salah sebuah anak syarikat di bawah kumpulan PTS iaitu syarikat induknya, PTS Media Group. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Ainon Muhammad dengan Abdullah Hassan sebagai penasihat. PTS Publications & Distributors merupakan anak syarikat yang spesifik bagi tujuan pengedaran buku di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.[1]